KAPAL KE 3 GOMS

KAPAL KE-3

GOMS berjaya siapkan kapal ke-14

ke3LUMUT 25 Ogos – Grade One Marine Shipyard Sdn. Bhd. (GOMS), syarikat pembina kapal bumiputera di Kampung Aceh dekat sini berjaya menyiapkan kapal ke-14 sejak mula beroperasi pada 2005.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Che Mansor Md. Rejab berkata, kapal yang baru sahaja siap dibina oleh syarikat tersebut ialah Tanjung Dahan 1 berharga RM50 juta.

“Lebih membanggakan ialah Tanjung Dahan 1 yang berfungsi sebagai pengendali penambat sepanjang 60 meter siap dibina dua bulan lebih awal daripada jadual asal.

“Ini membuktikan keupayaan syarikat pembinaan kapal bumiputera dan pencapaian ini membanggakan kami serta menggembirakan pemilik kapal ini iaitu Tanjung Kapal Services Sdn. Bhd.,” katanya di sini.

Pembinaan Tanjung Dahan 1 seberat 1,400 tan dimulakan pada bulan Mei 2008 dan dijadual siap dalam tempoh dua tahun.

Kapal ini berfungsi sebagai kapal bantuan dalam kerja-kerja memindahkan pelantar minyak serta kerja-kerja menggali di lautan.

Tanjung Dahan 1 mempunyai ketinggian sembilan meter dan lebarnya 16 meter.
Che Mansor berkata, kapal tersebut sepatutnya diserahkan kepada Tanjung Kapal Services pada 15 Januari 2010.

Jelas beliau, kejayaan menyiapkan tempahan dengan segera dengan hasil kerja yang berkualiti akan memberikan nilai tambah kepada produktiviti syarikat.

“Industri pembinaan kapal masih dikuasai syarikat asing. Golongan bumiputera dan syarikat tempatan cuma menguasai 35 peratus daripada keseluruhan industri ini,” katanya. – Bernama

Dipetik dari Utusan Malaysia Online

* ralat. ke 14 dibaca ke-3

go top